Tuesday, June 19, 2012

Karnival Belia PERBEKK 2012...


Bermula pada 29hb Mei yang lalu, Karnival Belia PERBEKK 2012 bermula dengan aktiviti gotong-royong memurnikan padang 'Stadium Silaun' sebagai persediaan Pertandingan Bolasepak yang diadakan. Sebaik selesai aktiviti gotong-royong, undian pemain dan perlawanan dijalankan.

Keesokan harinya, pada 30hb Mei Pertandingan Bolasepak dijalankan melibatkan 6 pasukan yang dinamakan sempena EURO 2012 - Jerman, Sepanyol, England, Belanda, Itali dan Perancis. Pertandingan yang dijalankan secara liga 7-Sebelah Sepasukan, telah menarik penyertaan lebih 70 orang pemain.

Akhirnya, pasukan Itali menjuarai Piala Liga selepas meraih 12 mata, diikuti England 10 mata dan Perancis ditempat ketiga dengan 7 mata. Di tempat keempat dikuasai oleh Jerman.

Pada 31hb Mei pula, perlawanan bagi merebut Piala Pusingan PERBEKK pula diadakan. Empat pasukan teratas dalam perlawanan liga telah diundi untuk perlawanan separuh akhir, di mana pasukan Itali menewaskan Perancis 3-1 dan England mengalahkan Jerman melalui sepakan penalti 2-0 selepas terikat 2-2 dalam masa sebenar.

Pertemuan England dan Itali dalam final berlangsung sengit, dengan sokongan padu penyokong kedua-dua pasukan. Ketika perlawanan seakan berakhir seri, pemain England berjaya menjaringkan gol daripada tendangan sudut yang terkena badan pemain Itali. Gol tersebut telah membawa pasukan England menjuarai Piala PERBEKK. Di tempat ketiga dimenangi pasukan Perancis selepas mengalahkan Jerman melalui sepakan penalti.

Pemain England, Boboi telah dipilih sebagai pemain terbaik, Ocho ( England ) sebagai pemain harapan bawah 17 tahun, Jiji ( Belanda ) pemain sporting dan Upang ( Itali ) sebagai penjaring terbanyak pertandingan dengan 5 gol.

Selepas itu, Pertandingan Badminton Beregu Remaja pula diadakan. Sebanyak 9 pasangan menambil bahagian, di mana pasangan Asyraf/Fendi telah mengungguli pertandingan dengan menewaskan paasangan Ikmal/ Boy.

Bagi memenuhi permintaan belia wanita, Bengkel Membuat Kek pula diadakan di Balairaya Kg Kuridak pada 2hb Jun. Seramai 30 orang wanita menyertai bengkel tersebut yang dibimbing oleh Puan Bisnah Wahid, pengajar KEMAS. Dua jenis kek telah diajar iaitu kek keju dan kek keladi.

Sementara Pertandingan Bolasepak Kanak-kanak Bawah 12 Tahun pula telah diadakan pada 3hb Jun, yang melibatkan empat pasukan iaitu Man. City, QPR, Chelsea dan Real Madrid. Pertandingan dijalankan secara liga dimenangi oleh pasukan Man City walaupun memiliki mata yang sama dengan Chelsea tetapi dibezakan oleh beza jaringan. Pasukan Real Madrid ditempat ketiga dan QPR di tempat keempat.
















No comments: