Thursday, January 29, 2009

BADMINTON CHAMPIONSHIP 2009

Pertandingan badminton - Badminton Championship PERBEKK 2009 - telah blangsung seperti yang djadualkan. Pada hari tersebut, sebanyak 22 pasangan telah beradu tenaga merebut kejuaraan yang pertama kali diadakan, walaupun di luar Dewan SMK Gadong - venue pertandingan - banjir semakin dalam, disusuli hujan lebat.

Terima kasih diucapkan kepada pasangan : Vista09, Lubak A,B,C, Tuhu A,B,C, Kambing, Banjir, Liud, Tokou-tokou, Arrow, Gadong, Lukut, Baru Jumpa, Sukai, NLC.Co, Transformers, RS0009, Test Power, Spectic Youth dan Buntal - yang telah menyertai pertandingan.

Pertandingan berlarutan hingga ke malam. Perlawanan akhir di antara pasukan Liud dengan Lubak B, berakhir dengan kemenangan kepada pasangan guru, Razali Minsur dan Rozlee Gafor.

Di tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Lubak A, apabila pasukan Tuhu C menarik diri akibat seorang pemainnya, Razis Ismail mengalami kecederaan semasa perlawanan separuh akhir.


Penyampaian hadiah kepada para pemenang terus dijalankan pada malam itu juga, sebaik pertandingan berakhir. Pengerusi PERBEKK, Md Said Ag Damit sendiri telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang, berupa wang tunai dan medal.




Selain itu, Mohd Ifnuh Sumbogo dari pasukan Transformer telah dipilih sebagai pemenang hadiah Anugerah Khas, hasil sumbangannya sebagai pemain baru bersama pasangannya Ag Sulaiman Ag Damit, ke peringkat suku akhir.
Sementara, Razis Ismail pula dipilih sebagai pemain harapan kerana kehebatannya sebagai pemain muda, bersama pasangannya Laidin Jaafar mara ke perlawanan separuh akhir.



Pihak PERBEKK mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada pasukan yang mengambil bahagian. Semoga Berjumpa Lagi!

Thursday, January 22, 2009

Pertandingan Badminton Tertutup

PERBEKK akan menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup Kg Gadong & Lupak, pada 26/1/2009 ini. Pertandingan akan diadakan di Dewan SMK Gadong.

Objektif utama pertandingan ini ialah untuk mengisi tabung persatuan dan mencungkil bakat terpendam di kalangan belia yang terlibat. Setakat ini, usaha untuk mendapatkan sumbangan para dermawan sedang giat dijalankan.

Dijangka YB Kamarlin Hj Ombi, ADUN Lumadan akan merasmikan pertandingan ini.

Adalah diharapkan pertandingan ini juga akan dapat membantu melatih ahli persatuan berkaitan pengurusan organisasi dan mengeratkan hubungan silaturrahim dengan belia dari kawasan lain.

Thursday, January 8, 2009

PERBEKK 2007 - 2008

Gambar sebahagian ahli PERBEKK yg menyertai barisan SEDIA GEMPUR BN, Pemuda Umno Zon Gadong, semasa Penamaan Calon di Sipitang, Mac 2008.

Ini wajah sebahagian lagi PEMUDA SEDIA GEMPUR - ahli PERBEKK.


Sepanjang tahun 2007 - 2008, PERBEKK telah melaksanakan dan menyertai pelbagai kegiatan. PERBEKK bukan sahaja menganjurkan beberapa aktiviti seperti: Pertandingan Sepak Takraw Tertutup, Sukaneka Kanak-kanak, Jamuan Hari Raya dan sebagainya, malah terlibat juga menyertai acara di luar seperti Sukan Komunit DUN Lumadan.

Pada penghujung tahun 2007, PERBEKK berjaya menganjurkan majlis Jamuan Hari Raya, yg dilaksanakan dgn meriah,dirasmikan oleh Sdr. Rapahi Hj Idris, AJK Umno Bahagian Sipitang.
Sdr. Abd Sani Hj Mokjin, AJK Pemuda Umno Sipitang menyampaikan hadiah pemenang cabutan bertuah.

Sdr. Rapahi menyampaikan hadiah kemenangan pertandingan sepak takraw kepada seorang belia, Sdr. Andika Hj Daud.

KAN Japar Lukin menyampaikan hadiah pertandingan menganyam ketupat kepada pemenang.


KK Jairin menyampaikan hadiah kepada pemenang acara sukaneka.


Seorang lagi pemenang pertandingan sepak takraw menerima hadiah.


Antara tetamu yg hadir pada majlis tersebut, dari kiri : Sdr. Abd Sani Hj Mokjin, Sdr. Mt Jalim Manan, Sdr Tanin Kimbalin dan Sdr. Sumih Matrih.


Pada tahun 2008 pula, PERBEKK meneruskan pelbagai kegiatan, sama ada melaksanakan atau menyertai acara yg dianjurkan oleh NGO atau agensi kerajaan lain. Rakan Muda Ramadhan antaranya telah dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan, Bahagian Beaufort.



Antara jemputan Majlis Rakan Muda Ramadhan, En Amrezal, Pen Pegawai Belia & Sukan Daerah Beaufort.

Pengerusi PERBEKK, Sdr Md Said Ag Damit menyampaikan ucapan di majlis tersebut.


Ahli PERBEKK juga telah bekerjasama semasa aktiviti gotong-royong membaiki Masjid Kg Kuridak.

Sebahagian penduduk kampung yg menjalankan aktiviti gotong-royong tersebut.


YB Kamarlin Hj Ombi, ADUN Lumadan semasa menyampaikan bantuan material membaiki Masjid Kg Kuridak, dengan penerimaan oleh Sdr. Asmunih Jusrin, Pengerusi JKKK. Terima kasih YB!



Ini pula gambar sebahagian belia yg berentap dalam pertandingan sepak takraw tertutup.

Diharapkan pada tahun 2009 ini, PERBEKK akan lebih menyerlah dengan pelbagai kegiatan.