Thursday, January 29, 2009

BADMINTON CHAMPIONSHIP 2009

Pertandingan badminton - Badminton Championship PERBEKK 2009 - telah blangsung seperti yang djadualkan. Pada hari tersebut, sebanyak 22 pasangan telah beradu tenaga merebut kejuaraan yang pertama kali diadakan, walaupun di luar Dewan SMK Gadong - venue pertandingan - banjir semakin dalam, disusuli hujan lebat.

Terima kasih diucapkan kepada pasangan : Vista09, Lubak A,B,C, Tuhu A,B,C, Kambing, Banjir, Liud, Tokou-tokou, Arrow, Gadong, Lukut, Baru Jumpa, Sukai, NLC.Co, Transformers, RS0009, Test Power, Spectic Youth dan Buntal - yang telah menyertai pertandingan.

Pertandingan berlarutan hingga ke malam. Perlawanan akhir di antara pasukan Liud dengan Lubak B, berakhir dengan kemenangan kepada pasangan guru, Razali Minsur dan Rozlee Gafor.

Di tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Lubak A, apabila pasukan Tuhu C menarik diri akibat seorang pemainnya, Razis Ismail mengalami kecederaan semasa perlawanan separuh akhir.


Penyampaian hadiah kepada para pemenang terus dijalankan pada malam itu juga, sebaik pertandingan berakhir. Pengerusi PERBEKK, Md Said Ag Damit sendiri telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang, berupa wang tunai dan medal.




Selain itu, Mohd Ifnuh Sumbogo dari pasukan Transformer telah dipilih sebagai pemenang hadiah Anugerah Khas, hasil sumbangannya sebagai pemain baru bersama pasangannya Ag Sulaiman Ag Damit, ke peringkat suku akhir.
Sementara, Razis Ismail pula dipilih sebagai pemain harapan kerana kehebatannya sebagai pemain muda, bersama pasangannya Laidin Jaafar mara ke perlawanan separuh akhir.



Pihak PERBEKK mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada pasukan yang mengambil bahagian. Semoga Berjumpa Lagi!

1 comment:

Junaidi Blog said...

SELAMAT DATANG KE KARNIVAL SUKAN PERPADUAN BELIA
(PERTANDINGAN BOLA TAMPAR DAN SEPAK TAKRAW TERBUKA WESTON "PIALA " YB DATUK HJ SAPAWI HJ AHMAD AHLI PARLIMEN P.178 SIPITANG )
PADA 03-05 HB JULAI 2009
DIDEWAN MUHIBBAH PEKAN WESTON
ANJURAN
PERSATUAN BELIA PEKAN WESTON

HADIAH HADIAH WANG TUNAI DISEDIAKAN

BOLA TAMPAR

RM 500.00
RM 300.00
RM 200.00

SEPAKTAKRAW

RM 300.00
RM 200.00
RM 100.00

Keterangan lanjut hubungi

EN Zainal Abidin Omar Ali
0137802723
En Nordin Kassim
En Suhaili Hj Ag Samudin
En Ardi Ismail
En Qrwani Jamin
En Md Kassim Md Salleh
En Radini Hj Ag Damit

June 28, 2009 7:24 PM
Delete