Sunday, May 16, 2010

TPM: Belia perlu ada ilmu kepenggunaan


PUTRAJAYA 15 Mei - Golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan supaya mereka tidak dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang rakus mengaut keuntungan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ilmu tersebut amat penting supaya mereka tahu hak-hak sebagai pengguna bagi mengelak ditipu atau ditindas.

"Isu kepenggunaan kini menjadi lebih mendesak dan mencabar, oleh itu kita harus mempunyai ilmu untuk menguruskan masa depan supaya tidak terancam dengan usaha-usaha pihak tidak bertanggungjawab yang sentiasa mengambil kesempatan untuk menindas atau menipu kita.

"Jika kita tahu akan hak kita, pihak-pihak terbabit bukan saja akan bimbang dengan peruntukan undang-undang yang ada tetapi juga takut kepada kuasa pembeli sebagai pengguna dalam negara," katanya.

Beliau berucap pada Seminar Pendidikan Pengguna Belia sempena sambutan Hari Belia Negara 2010 di sini hari ini.

Sumber: Utusan

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Belia 2010


PERBEKK
mengucapkan
Selamat Hari Belia 2010
kepada semua belia,
khusus kepada semua ahli PERBEKK.

Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara