Friday, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



PENGERUSI & AJK PERBEKK
MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
KEPADA MUSLIMIN & MUSLIMAT,
TERUTAMA KEPADA SEMUA AHLI &
PENDUDUK KG KURIDAK.
MAAF ZAHIR BATIN

PERBEKK@KOMPLEKS BELIA, PUTATAN


Pada 20hb September yang lalu, PERBEKK telah diberi penghormatan mewakili Daerah Beaufort ke Program Rakan Muda Ramadhan peringkat Negeri Sabah di Kompleks Belia dan Sukan, Putatan.

Seramai 4 orang qari telah terlibat iaitu: Sdr. Mohd Fadli Mohd Faizal, Sdr. Khalid Jinlah, Sdr. Rabaidi Asmunih dan Sdr. Kamarul Talib. Para peserta telah memperdengarkan bacaan al-Quran mereka secara beramai-ramai semasa khatam al-Quran.

Para peserta Rakan Muda ini telah diiringi oleh Abd Razak Tahkik selaku Tim Pengerusi merangkap Ketua Delegasi PERBEKK bersama Sdr. Zulkarnain Moksin, Sdr Jairih Jairin dan beberapa orang lagi ahli. Diucapkan terima kasih kepada Pejabat Belia & Sukan Bhg Beaufort di atas kerjasam yang diberikan dan tahniah kepada para peserta.

PERBEKK@SURAU KG KEKAPOR, KUALA PENYU

Pada 18hb September yang lalu, PERBEKK telah menghantar seramai 2 orang qari dan 2 orang qariah ke Program Rakan Muda Ramadhan peringkat Pedalaman Bawah kelolaan Jab. Belia dan Sukan, Bahagian Beaufort, di Surau Kg Kekapor, Kuala Penyu. Peserta yang terlibat ialah : Cik Anura Hj Laneh, Cik Azura Hj Laneh, Sdr. Rabaidi Asmunih dan Sdr. Mohd Fadli Mohd Faizal.

Rombongan peserta Rakan Muda ini telah diiringi oleh Setiausaha, Sdr. Zulkarnain Moksin dan Bendahari, Sdr Jairih Jairin dan beberapa orang ahli. PERBEKK mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat dan peserta program.

# PERBEKK juga mengucapkan TAHNIAH kepada Sdr. Mazlee Mohd Jahar yang telah memulakan kerjaya di Pusat Penjara Simpang Renggam, Johor & SEMOGA BERJAYA kepada Cik Siti Rohayu Jakeriah yang telah berlepas melanjutkan pengajian di Universiti al-Azhar, Kaherah Mesir.

Wednesday, September 17, 2008

PERBEKK 1 ( dari www.ustazSAID.blogspot.com )


TADARUS AL-QURAN & MAJLIS BERBUKA PUASA


Kelmarin petang, Persatuan Belia Kg. Kuridak, Beaufort ( PERBEKK ), dgn kerjasama Jab. Belia & Sukan, Bhg. Beaufort & Badan Masjid Kg Kuridak, telah menganjurkan Program Rakan Muda Ramadhan. Seramai 30 orang peserta dari kalangan Rakan Muda telah bertadarus dan khatam al-Quran. Seterusnya, bersama-sama penduduk kampung dan Rakan Muda dari Kg Lumadan dan Sipitang, majlis berbuka puasa dilangsungkan. Program ini telah dirasmikan oleh En. Japar Lukin, KAN Lumadan dan dihadiri sama oleh En. Amrezal, Pen. Pegawai JBS Beaufort.


( Sebahagian peserta tekun membaca al-Quran )


( Majlis Khatam al-Quran dipimpin oleh Tn Hj Hasan Lokman )


( KAN Japar Lukin menyampaikan cenderahati kepada wakil peserta
Cik Anura Hj Laneh )




( Cik Junaidah Mustapha, Presiden Kelab Rakan Muda Parlimen Sipitang
menyampaikan cenderahati kepada En Jairin Ag Damit,
Pengerusi AJK Masjid Kg Kuridak )


PERBEKK mengucapkan terima kasih daun keladi kepada Jab. Belia & Sukan, Bahagian Beaufort, JK Masjid Kg Kuridak dan semua pihak yang telah menjayakan program ini berjalan dengan jayanya.

Sunday, September 14, 2008

RAKAN MUDA RAMADHAN


Pada 12hb September 2008 yang lalu, PERBEKK dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan (P), Bahagian Beaufort dan JK Masjid Kg Kuridak telah menganjurkan Program Rakan Muda Ramadhan. Bertempat di Masjid Kg Kuridak, seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini.





Majlis khatam al-Quran oleh peserta program ini telah dibimbing oleh Tuan Hj Hasan Lokman, dibantu En. Japar Lukin dan KK Jairin Ag Damit.



Pihak JBS dalam program ini telah diwakili oleh En. Amrezal, Pen. Peg. JBS, Cik Nurul Zainal, Penggerak Rakan Muda dan Cik Junaidah Mustapha, Presiden Kelab Rakan Muda Parlimen Sipitang.


Program ini disusuli majlis berbuka puasa bersama sukarelawan Rakan Muda Parlimen Sipitang dan penduduk Kg Kuridak.

PERBEKK mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga jasa anda diberkati Allah.

( Anda juga boleh melihat gambar program ini di blog : ustazSAID )

SEJARAH PENUBUHAN

Usaha penubuhan sebuah persatuan belia di Kg Kuridak, telah lama dijalankan. Beberapa orang penggerak telah berusaha untuk menggerakkan penubuhan persatuan ini. Namun, ia belum berhasil dan terlaksana.

Maka belia-belia Kg Kuridak dalam satu mesyuarat pada 24hb Ogos 2007, telah bersepakat untuk mengusahakan penubuhan sebuah persatuan belia secara terancang, sebagai wadah untuk melaksanakan aktiviti di peringkat Kg Kuridak.

Sebelum itu, belia-belia di Kg Kuridak telah menjalankan pelbagai aktiviti secara ad-hoc seperti menganjurkan pertandingan sepak takraw dan sebagainya. Malahan, belia-belia ini juga telah menyertai pelbagai pertandingan sukan seperti menyertai Liga Sukan Komuniti DUN Lumadan dan mencapai kejayaan.

Akhirnya, dalam mesyuarat tersebut jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk menguruskan penubuhan persatuan, yang dipersetujui dengan nama - PERSATUAN BELIA KG KURIDAK ( PERBEKK ). Terima kasih kepada En. Japar Lukin, KAN Lumadan, En. Jairin Ag Damit, KK Kg Kuridak dan En. Asmunih Jusrin, Pengerusi JKKK Kg Kuridak, yang banyak mendorong kewujudan sebuah persatuan belia di Kg Kuridak.

Pada 30hb Oktober 2007, jawatankuasa penaja telah mengemukakan permohonan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah di Wisma Bandaraya. Terima kasih diucapkan kepada Pn Shamson Saad, Pegawai Belia & Sukan ( P ) Bahagian Beaufort, Pn Saliah Mudin, Penggerak Belia JBS Bhg. Beaufort dan Pn. Norol Ain Bt Norhelai, Pe. Pendaftar di Jab. Pendaftar Pertubuhan, yang banyak membantu dalam usaha penubuhan persatuan ini.

Pada 10 hingga 11hb November 2007, persatuan ini telah berjaya menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw, Sukaneka dan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya, hasil komitmen semua belia dan kerjasama penduduk kampung.

Detik bersejarah persatuan ini tiba pada 13hb Mei 2008, apabila persatuan ini menerima SIJIL PENDAFTARAN yang ditandatangani oleh MATTHEW ANAK DOMINIC BARIN selaku Pendaftar Pertubuhan Malaysia, dengan nombor pendaftaran 0883-08SBH.

Kini, persatuan ini sudah diiktiraf sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar. Harapan kita, semoga apa jua objektif yang direncanakan akan berjaya terlaksana. Terima kasih untuk semua yang membantu merealisasikan penubuhan PERBEKK.