Sunday, September 14, 2008

SEJARAH PENUBUHAN

Usaha penubuhan sebuah persatuan belia di Kg Kuridak, telah lama dijalankan. Beberapa orang penggerak telah berusaha untuk menggerakkan penubuhan persatuan ini. Namun, ia belum berhasil dan terlaksana.

Maka belia-belia Kg Kuridak dalam satu mesyuarat pada 24hb Ogos 2007, telah bersepakat untuk mengusahakan penubuhan sebuah persatuan belia secara terancang, sebagai wadah untuk melaksanakan aktiviti di peringkat Kg Kuridak.

Sebelum itu, belia-belia di Kg Kuridak telah menjalankan pelbagai aktiviti secara ad-hoc seperti menganjurkan pertandingan sepak takraw dan sebagainya. Malahan, belia-belia ini juga telah menyertai pelbagai pertandingan sukan seperti menyertai Liga Sukan Komuniti DUN Lumadan dan mencapai kejayaan.

Akhirnya, dalam mesyuarat tersebut jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk menguruskan penubuhan persatuan, yang dipersetujui dengan nama - PERSATUAN BELIA KG KURIDAK ( PERBEKK ). Terima kasih kepada En. Japar Lukin, KAN Lumadan, En. Jairin Ag Damit, KK Kg Kuridak dan En. Asmunih Jusrin, Pengerusi JKKK Kg Kuridak, yang banyak mendorong kewujudan sebuah persatuan belia di Kg Kuridak.

Pada 30hb Oktober 2007, jawatankuasa penaja telah mengemukakan permohonan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah di Wisma Bandaraya. Terima kasih diucapkan kepada Pn Shamson Saad, Pegawai Belia & Sukan ( P ) Bahagian Beaufort, Pn Saliah Mudin, Penggerak Belia JBS Bhg. Beaufort dan Pn. Norol Ain Bt Norhelai, Pe. Pendaftar di Jab. Pendaftar Pertubuhan, yang banyak membantu dalam usaha penubuhan persatuan ini.

Pada 10 hingga 11hb November 2007, persatuan ini telah berjaya menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw, Sukaneka dan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya, hasil komitmen semua belia dan kerjasama penduduk kampung.

Detik bersejarah persatuan ini tiba pada 13hb Mei 2008, apabila persatuan ini menerima SIJIL PENDAFTARAN yang ditandatangani oleh MATTHEW ANAK DOMINIC BARIN selaku Pendaftar Pertubuhan Malaysia, dengan nombor pendaftaran 0883-08SBH.

Kini, persatuan ini sudah diiktiraf sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar. Harapan kita, semoga apa jua objektif yang direncanakan akan berjaya terlaksana. Terima kasih untuk semua yang membantu merealisasikan penubuhan PERBEKK.

No comments: