Monday, March 22, 2010

Sambutan Maulidurrasul & Kursus Peningkatan Profesionalisme

Pada 11hb Mac lalu, PERBEKK bersama penduduk Kg Kuridak telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidurrasul 1431H, anjuran PIBG SK Garama Beaufort. Perarakan bermula dari Masjid Kg Kuridak menuju ke SK Garama.

Sepanduk yang telah diusahakan oleh ahli PERBEKK telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan sepanduk, sempena sambutan tersebut. Tahniah diucapkan kepada PERBEKK dan penduduk Kg Kuridak yang bekerjasama menjayakan acara ini.

Pada 13-14hb Mac pula, dua orang AJK PERBEKK, Rony Irwan Mat Jamil dan Rozainih Jakeriah telah mewakili PERBEKK ke Kursus Peningkatan Profesionalisme Pertubuhan Belia Peringkat Bahagian Beaufort. Kursus selama dua hari itu dilangsungkan di Binsuluk Resort, Membakut, anjuran Pejabat Belia & Sukan ( P ) Bahagian Beaufort.

Sementara, Pengerusi PERBEKK, Md Said Ag Damit pula telah diundang menyampaikan ceramah bertajuk Kemahiran Mengurus Pertubuhan Belia, dalam kursus tersebut.

Thursday, March 4, 2010

Selamat Berjaya....


PERBEKK mengucapkan tahniah kepada AJK dan ahli PERBEKK yang mencapai kejayaan dalam segenap bidang yang diceburi :

1. Mohd Amirul Azrin Arman - Melanjutkan pelajaran ke Kolej Perhotelan dan Pelancongan, Negeri Sembilan dalam jurusan Komputer & Multimedia.

2. Rozainih Jakeriah - Berjaya lulus dalam peperiksaan STPM 2009.

Semoga kejayaan yang dikecapi akan menjadi dorongan kepada rakan-rakan yang lain untuk turut sama mencipta kejayaan!

Tahniah juga diucapkan kepada Pn. Sharifah Tahkik dan Pn. Dg Noraini Mat Jamil yang dikurniakan cahayamata. Semoga rezeki bertambah luas dengan kehadiran cahayamata baru ini.