Saturday, May 30, 2009

PERBEKK @ Utusan Borneo


Belia Sipitang diseru ceburi bidang perniagaan
Utusan Borneo 28 Mei 2009

Sipitang : Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun ) Lumadan, Kamarlin Ombi menyeru golongan belia di daerah ini supaya menceburi bidang perniagaan walaupun memulakannya secara kecil-kecilan.

Bagaimanapun kata beliau, mereka hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu perniagaan misalnya cara mengendalikan perniagaan termasuk pengurusan, pemasaran dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perniagaan.

Selain itu katanya, peniaga juga mesti memiliki disiplin yang tinggi, tabah, mampu bertahan dan mempunyai keberanian untuk bersaing.

"Hari ini mereka ( peniaga ) yang berjaya dalam bidang perniagaan dibekalkan dengan disiplin yang tinggi, tidak putus asa, sentiasa mencari ruang dan peluang" katanya.


Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan penutupan Kursus Pembangunan Enterprais Belia Daerah Beaufort anjuran Persatuan Belia Kampung Kuridak ( PERBEKK ) dan Jabatan Belia dan Sukan beaufort baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Belia Kampung Kuridak, Md Said Ag Damit dan Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Beaufort, Shamson Saad.

Monday, May 25, 2009

Terima Kasih Semua!


Kejayaan pelaksanaan Kursus Enterprais Belia pada 16-17hb Mei 2009 lalu, sememangnya amat menggembirakan. Seperti kata Pengerusi, mungkin tidak sempurna tetapi adalah satu kebanggaan apabila berjaya melaksanakan amanah dan tanggunjawab diberikan.

PERBEKK mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kurusus tersebut.

Terima kasih kepada YB Kamarlin Ombi, ADUN Lumadan yang sudi merasmikan Majlis Penutup dan menyampaikan sijil kepada para peserta.

Terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Shamson Saad, Pegawai Belia & Sukan Daerah Beaufort, yang sudi bersama dan banyak membantu PERBEKK dalam melaksanakan aktiviti. Terima kasih juga kepada semua staff Jabatan Belia & Sukan Beaufort.


Terima kasih kepada KEMAS Beaufort yang membolehkan PERBEKK menggunakan kemudahan penginapan dan dewan.

Terima kasih kepada Kem Komandan Sdr. Mat Jalim Manan, Penceramah dan Tenaga Fasilitator yang bekerja keras menjayakan PDK.


Terima kasih kepada Syarikat Sumih Ent. yang bertungkus lumus menyediakan keperluan makan dan minum peserta.

Terima kasih kepada Syarikat Vista Excellence yang menyediakan keperluan urusetia kursus.


Terima kasih kepada Penasihat PERBEKK KAN Japar Lukin, KK Jairin Ag Damit dan En. Asmunih Jusrin yang tidak jemu-jemu membimbing kami .

Juga terima kasih kepada seluruh AJK PERBEKK yang terus berusaha memajukan Persatuan.

Tahniah dan terima kasih kepada para peserta kursus yang menjadikan aktiviti ini satu realiti. Tanpa anda, kursus ini tidak akan terlaksana dengan jayanya.

Semoga PERBEKK akan terus dapat menjayakan aktiviti dan program yang direncanakan pada masa depan.


Pihak PERBEKK memohon maaf di atas sebarang kelemahan yang berlaku sepanjang kursus tersebut diadakan.

Thursday, May 21, 2009

Kursus Pembangunan Enterprais Belia Selesai Dilaksanakan


Kursus Pembangunan Enterprais Belia yang dianjurkan oleh PERBEKK telah berjaya dilaksanakan pada 16-17hb Mei yang lalu. Seperti yang dijangka kursus ini mendapat sambutan yang baik daripada belia sekitar daerah Beaufort. Seramai 58 orang belia menyertainya, yang diadakan di Kemas Beaufort.


Kursus ini telah disempurnakan Majlis Perasmian Penutupnya oleh YB Kamarlin Hj Ombi, ADUN Lumadan. Dalam ucapannya, beliau menyeru supaya para belia melaksanakan apa yang telah didapati daripada kursus tersebut, serta meminta belia menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya.

Majlis perasmian tersebut juga telah dihadiri oleh Pn. Shamson Saad, Pegawai Jabatan Belia & Sukan ( P ), Beaufort, Penasihat PERBEKK KAN Japar Lukin dan KK Jairin Ag Damit serta beberapa orang tetamu jemputan.


Kelihatan sebahagian peserta tekun mendengar ceramah. 3 Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Sdr Lil Kiplee Kadir dari SMK Gadong, Cik Fariza Kadir ( JBS ( P ) KK ) dan Mazlan Manan ( Public Bank ).


Peserta sedang mengadakan PDK. Kumpulan ini dikelolakan oleh En. Benjamin @ Ismail Atin, Tenaga Penggerak BTN Sabah.

Kumpulan ini sedang tekun berbincang di bawah seliaan En.Lil Kiplee Kadir.

Kumpulan ini pula dikendalikan oleh En. Mazlan Manan, dari Public Bank selaku fasilitator jemputan.


Peserta sedang diberikan latihan awal Ice Breaking oleh En. Benjamin dan En. Lil Kiplee. Aktiviti ini telah berjaya dikendalikan dengan cemerlang oleh kedua fasilitator jemputan ini.

Komandan kursus ini ialah En. Mat Jalim Manan.

Thursday, May 7, 2009

Kursus Pembangunan Enterprais Belia

PERBEKK dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan Bahagian Beaufort akan menganjurkan Kursus Pembangunan Enterprais Belia, Peringkat Daerah Beaufort. Kursus tersebut akan diadakan pada 16-17hb Mei 2009 di KEMAS Beaufort.

Dalam kursus ini nanti, para peserta akan didedahkan dengan ciri-ciri seorang usahawan, keusahawan sebagai satu pilihan kerjaya, skim bantuan kerajaan dan simulasi asas perniagaan.

Dijangka YB Kamarlin Ombi ADUN Lumadan akan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup kursus ini nanti.

Para belia yang berminat menyertai kursus ini bolehlah menghubungi pihak persatuan melalui emel yang disediakan atau terus berhubung dengan AJK persatuan. Semuanya percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.