Sunday, March 22, 2009

Taklimat Pengurusan Pertubuhan & Majlis Penyampaian Sijil.


Kelmarin, 21hb Mac 2009, Pengerusi bersama Tim. Pengerusi dan Setiausaha Persatuan telah menghadiri Taklimat Pengurusan Pertubuhan dan Majlis Penyampaian Sijil Persatuan.

Acara tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah dan diadakan di Bilik Keningau, Hotel Le Meridien Kota Kinabalu.

Kelihatan dalam gambar Pengerusi mewakili Persatuan menerima sijil daripada Ybhg Dato' Hj Md Alias Hj Kalil, Ketua Pendaftar Pertubuhan Malaysia.


Kelihatan ketiga-tiga wakil Persatuan tekun mendengar sesi ceramah. Dua ceramah disampaikan iaitu, Pengurusan Pertubuhan Yang Berkualiti oleh Pn. Mazliah Lahir dan Takilmat Penyediaan Penyata Tahunan oleh Cik Zainorshida Arshad. Kedua-duanya dari Jab. Pendaftar Pertubuhan Sabah.


Di akhir sesi, jamuan makan tengahari telah diadakan Restoran Circle. Diharapkan dengan adanya sesi taklimat ini akan memudahkan Persatuan mengemaskini pentadbiran organisasi. Terima kasih diucapkan kepada Jab. Pendaftar Pertubuhan Sabah.

Monday, March 16, 2009

Gambar Terkini Banjir Di Kg. Kuridak.


Daerah Beaufort banjir sekali lagi. Kali ini banjir agak dalam dan luar biasa, berbanding banjir sebelumnya. Jalan perhubungan ke Pekan hampir terputus, hanya boleh dilalui kenderaan berat. Kg Kuridak tidak terkecuali ditenggelami air banjir besar kali ini.

Gambar di atas adalah keadaan jalan raya di hadapan rumah En. Malik Hj Jahari, Pengerusi Surau Kg Silaun yang digenangi air.



Ini adalah gambar Sungai Sg. Silaun yang diambil dari jambatan Kg Silaun.


Ini pula ialah rumah En. Rusah dan menantunya, En. Anuar yg ditenggelami air di Kg Kedadap.



Gambar ini diambil dari jalanraya di hadapan rumah Imam Daerah Beaufort, Imam Mat Jalin Hj Saramalih.

Ini ialah gambar rumah En. Rony Irwan Mat Jamil, AJK PERBEKK yang ditenggelami air di sekeliling rumahnya.


Gambar Sg Silaun yang airnya melimpah. Kelihatan kedai runcit Tuan Haji Moktani Hj Lawi Mantan ADUN Dilantik pada zaman PBS yang hampir lagi ditenggelami air banjir.



Ini pula jalan raya yang digenangi air di Kg Kebutun, yang memisahkan Kg Kuridak dengan dunia luar.

Jalanraya di Kg Kebutun dilihat dari arah yang bertentangan. Sehingga kini belum ada tanda banjir akan surut, selepas melanda Kg Kuridak semenjak hari Sabtu lalu.

Diharapkan bantuan banjir akan dapat disalurkan kepada penduduk kampung yang terjejas. Aktiviti ekonomi seperti pemprosesan sagu tidak dapat dijalankan ketika ini, sementara jalan perhubungan pula terputus.

Taklimat Di Pejabat Belia & Sukan, Beaufort

Pada 13hb Mac lalu, Sdr. Zulkarnain Moksin dan Sdr. Abd Razak Tahkik, selaku Tim.Pengerusi dan Setiausaha Persatuan telah menghadiri taklimat pengurusan kewangan di Pejabat Belia dan Sukan, Bahagian Beaufort.

Antara lain dimaklumkan bahawa PERBEKK pada tahun ini disenaraikan sebagai penerima bantuan kewangan insetif daripada Kem. Belia dan Sukan Kerajaan Persekutuan.

Diharapkan dengan adanya bantuan kewangan ini nanti akan memudahkan persatuan menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancang. Semoga tahun 2009 akan bersemarak dengan kegiatan berfaedah kepada ahli persatuan.