Monday, March 16, 2009

Gambar Terkini Banjir Di Kg. Kuridak.


Daerah Beaufort banjir sekali lagi. Kali ini banjir agak dalam dan luar biasa, berbanding banjir sebelumnya. Jalan perhubungan ke Pekan hampir terputus, hanya boleh dilalui kenderaan berat. Kg Kuridak tidak terkecuali ditenggelami air banjir besar kali ini.

Gambar di atas adalah keadaan jalan raya di hadapan rumah En. Malik Hj Jahari, Pengerusi Surau Kg Silaun yang digenangi air.



Ini adalah gambar Sungai Sg. Silaun yang diambil dari jambatan Kg Silaun.


Ini pula ialah rumah En. Rusah dan menantunya, En. Anuar yg ditenggelami air di Kg Kedadap.



Gambar ini diambil dari jalanraya di hadapan rumah Imam Daerah Beaufort, Imam Mat Jalin Hj Saramalih.

Ini ialah gambar rumah En. Rony Irwan Mat Jamil, AJK PERBEKK yang ditenggelami air di sekeliling rumahnya.


Gambar Sg Silaun yang airnya melimpah. Kelihatan kedai runcit Tuan Haji Moktani Hj Lawi Mantan ADUN Dilantik pada zaman PBS yang hampir lagi ditenggelami air banjir.



Ini pula jalan raya yang digenangi air di Kg Kebutun, yang memisahkan Kg Kuridak dengan dunia luar.

Jalanraya di Kg Kebutun dilihat dari arah yang bertentangan. Sehingga kini belum ada tanda banjir akan surut, selepas melanda Kg Kuridak semenjak hari Sabtu lalu.

Diharapkan bantuan banjir akan dapat disalurkan kepada penduduk kampung yang terjejas. Aktiviti ekonomi seperti pemprosesan sagu tidak dapat dijalankan ketika ini, sementara jalan perhubungan pula terputus.

1 comment:

zahratulziqryen said...

salamm... wah.. derasnya air sungai tu menakutkan.. sya teringat peristiwa banjir ari tu time saya balik kg silaun sebab kepulangan nenda saya ke Rahmatullah 13 mac 2009, beberapa jam selepas upacara pengebumian, air mula menaiki kawasan kawasan rendah..sungguh tak sangka kepulangan saya yang dirancang cuma seketika menjadi lama apabila jalan limbawang by pass tak boleh dilalui.. dalam otak serabut dengan assignment dan presentation yang menanti di kampus , semuanya tertangguh, hati meronta-ronta ingin balik ke kuala terengganu secepat mungkin namun,siapa kita nak marah? nak marah Tuhankah, yang menjadikan banjir.. so sabar je lah dengan ujian yang menimpa.. mujur tak beli tiket flight lg...satu perkara yang saya takkan lupa ialah apabila kami(saya, adik n my cousin-gelaran budak U) naik lori untuk melepasi kwsn bnjir tu, dengan niat masing2 nak pulang ke kampus demi untuk mendapat CGPA cemerlang semester ni, dalam hati berdoa takut lecturer marah coz dah beberapa hari ponteng kuliah, tapi paling penting niatlah semuanya untuk dapat keredhaan Allah... dalam perjalanan ujan plak..Ya Allah, memang dugaan tul naik lori tak de bumbung kat belakang..tapi seronok sangat..tak tau nak kata camne coz this is first time in my life, cuma tak de lah lori tu sampai kat airport..just berenti kat beaufort je, then tukar keta.. so inilah experience yang takkan dilupai.. untuk kampung gadong, silaun, nousong, kuridak and others, hope janganlah ada perbalahan mahupun persengketaan, yang penting wujudkan kemufakatan kita sebagai saudara seislam...salam hormat.. dan terima kasih kepada masyarakat yang membantu menguruskan jenazah nenda saya Allahyarhamah HJH SAPOR ABD KAHAR.. sYUKRAN...