Tuesday, February 17, 2009

BERSAMA MENTERI BELIA & SUKAN



12hb Februari 2009 - Pengerusi bersama Tim. Pengerusi dan Setiausaha PERBEKK hadir ke Majlis Perjumpaan Menteri Belia & Sukan Bersama Pemimpin Masyarakat Persatuan Belia & Sukan, Bahagian Pedalaman Bawah, Beaufort Sabah 2009.

Perjumpaan tersebut diadakan di Borneo Golf, Bongawan, bmula jam 3 petang. Dalam ucapannya, YB Menteri menyarankan supaya Persatuan menarik lebih ramai belia berpersatuan.

Beliau juga memaklumkan bahawa peluang untuk belia berdikari telah diperluaskan melalui pelbagai skim yg diwujudkan oleh kerajaan melalui Kementerian Belia & Sukan. Sewajarnya peluang ini direbut oleh belia.

Majlis perjumpaan ini diakhiri dengan sesi dialog bersama Ketua Pengarah, Kem. Belia & Sukan.

No comments: