Saturday, November 22, 2008

BERMAIN BADMINTON

Ketika ini, para belia di Kg Kuridak sedang aktif bermain badminton pada setiap malam. Jam 7.30 – 9.00 malam para beliawanis akan bermain, diikuti oleh belia selepas itu.

Aktiviti ini terganggu sedikit baru-baru ini apabila Kg. Kuridak dilanda banjir, sehingga gelanggang permainan ditenggelami air. Begitu juga apabila hari hujan, permainan tidak dapat dijalankan kerana gelanggang ini, satu-satunya di Kg Kuridak adalah gelanggang terbuka.

Pihak persatuan telah memohon kepada YB Datuk Sapawi Ahmad, selaku MP Sipitang dan YB Kamarlin Hj Ombi, ADUN Lumadan peruntukan membaik pulih gelanggang dan bantuan kewangan untuk menggerakkan persatuan.

Pada penghujung tahun ini, persatuan akan mengadakan mesyuarat agung tahunan, serentak itu juga persatuan merancang melaksanakan pelbagai aktiviti sampingan.

Persatuan juga mengucapkan TAHNIAH kepada SDR. MASLEE MOHD JAHAR yang menang dalam PEMILIHAN AJK PERGERAKAN PEMUDA UMNO SIPITANG baru-baru ini. Didoakan kemenangan tersebut akan dapat membantu persatuan menjalinkan hubungan erat dengan Pemuda Umno Sipitang.

No comments: