Monday, July 26, 2010

PERBEKK @ JULAI


Pada 18hb Julai yang lalu, PERBEKK telah menyertai Program Sepakat Bestari, Komuniti Bestari Kg Garama.

Pasukan Bolasepak PERBEKK telah mengambil bahagian dalam sukan bolasepak 9-Sebelah tertutup Kg Garama. Dalam kejohanan yang dianjurkan secara liga, pasukan PERBEKK menjadi naib juara setelah menang sekali dan seri dua kali.

Pada 21hb Julai pula, Pengerusi PERBEKK bersama Setiausaha dan Bendahari menghadiri Bengkel Pertubuhan anjuran Jabatan Pendaftar Pertubuhan, di Borneo Golf, Bongawan. Dalam bengkel tersebut, peserta didedahkan dengan tatacara pengurusan pertubuhan berkualiti, serta pendedahan kepada cara penyediaan penyata tahunan dan penyata kewangan pertubuhan. Ceramah telah disampaikan oleh Pegawai Pertubuhan.

Sunday, May 16, 2010

TPM: Belia perlu ada ilmu kepenggunaan


PUTRAJAYA 15 Mei - Golongan belia harus melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan supaya mereka tidak dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang rakus mengaut keuntungan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ilmu tersebut amat penting supaya mereka tahu hak-hak sebagai pengguna bagi mengelak ditipu atau ditindas.

"Isu kepenggunaan kini menjadi lebih mendesak dan mencabar, oleh itu kita harus mempunyai ilmu untuk menguruskan masa depan supaya tidak terancam dengan usaha-usaha pihak tidak bertanggungjawab yang sentiasa mengambil kesempatan untuk menindas atau menipu kita.

"Jika kita tahu akan hak kita, pihak-pihak terbabit bukan saja akan bimbang dengan peruntukan undang-undang yang ada tetapi juga takut kepada kuasa pembeli sebagai pengguna dalam negara," katanya.

Beliau berucap pada Seminar Pendidikan Pengguna Belia sempena sambutan Hari Belia Negara 2010 di sini hari ini.

Sumber: Utusan

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Belia 2010


PERBEKK
mengucapkan
Selamat Hari Belia 2010
kepada semua belia,
khusus kepada semua ahli PERBEKK.

Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara