Friday, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



PENGERUSI & AJK PERBEKK
MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
KEPADA MUSLIMIN & MUSLIMAT,
TERUTAMA KEPADA SEMUA AHLI &
PENDUDUK KG KURIDAK.
MAAF ZAHIR BATIN

PERBEKK@KOMPLEKS BELIA, PUTATAN


Pada 20hb September yang lalu, PERBEKK telah diberi penghormatan mewakili Daerah Beaufort ke Program Rakan Muda Ramadhan peringkat Negeri Sabah di Kompleks Belia dan Sukan, Putatan.

Seramai 4 orang qari telah terlibat iaitu: Sdr. Mohd Fadli Mohd Faizal, Sdr. Khalid Jinlah, Sdr. Rabaidi Asmunih dan Sdr. Kamarul Talib. Para peserta telah memperdengarkan bacaan al-Quran mereka secara beramai-ramai semasa khatam al-Quran.

Para peserta Rakan Muda ini telah diiringi oleh Abd Razak Tahkik selaku Tim Pengerusi merangkap Ketua Delegasi PERBEKK bersama Sdr. Zulkarnain Moksin, Sdr Jairih Jairin dan beberapa orang lagi ahli. Diucapkan terima kasih kepada Pejabat Belia & Sukan Bhg Beaufort di atas kerjasam yang diberikan dan tahniah kepada para peserta.

PERBEKK@SURAU KG KEKAPOR, KUALA PENYU

Pada 18hb September yang lalu, PERBEKK telah menghantar seramai 2 orang qari dan 2 orang qariah ke Program Rakan Muda Ramadhan peringkat Pedalaman Bawah kelolaan Jab. Belia dan Sukan, Bahagian Beaufort, di Surau Kg Kekapor, Kuala Penyu. Peserta yang terlibat ialah : Cik Anura Hj Laneh, Cik Azura Hj Laneh, Sdr. Rabaidi Asmunih dan Sdr. Mohd Fadli Mohd Faizal.

Rombongan peserta Rakan Muda ini telah diiringi oleh Setiausaha, Sdr. Zulkarnain Moksin dan Bendahari, Sdr Jairih Jairin dan beberapa orang ahli. PERBEKK mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat dan peserta program.

# PERBEKK juga mengucapkan TAHNIAH kepada Sdr. Mazlee Mohd Jahar yang telah memulakan kerjaya di Pusat Penjara Simpang Renggam, Johor & SEMOGA BERJAYA kepada Cik Siti Rohayu Jakeriah yang telah berlepas melanjutkan pengajian di Universiti al-Azhar, Kaherah Mesir.