Thursday, February 14, 2013

PM : Selamat Datang Ke Beaufort!

Salam,

Hari ini Daerah Beaufort cukup bertuah. Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Razak akan melawat ke Pekan Beaufort dalam rangka lawatan dua harinya ke Sabah.

PERBEKK dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran PM dan mengucapkan Selamat Datang ke Daerah Beaufort. PERBEKK berharap lawatan PM ke Beaufort membawa harapan gemilang untuk daerah ini. Sebenarnya Dato Sri Najib selaku Tim. Perdana Menteri ( TPM ) pernah ke Beaufort untuk merasmikan Persidangan Umno Bahagian Beaufort pada tahun 2007.

Selaku persatuan yang beraktiviti di daerah Beaufort, PERBEKK berharap kehadiran PM akan menyuntik semangat belia untuk terus maju, seiring dengan harapan PM untuk melihat belia terus unggul dalam apa jua bidang yang diceburi.PERBEKK berharap belia di daerah Beaufort, khususnya ahli PERBEKK akan mengambil iktibar daripada kunjugan PM kali ini.

Tanpa ragu-ragu, PERBEKK akan terus menyokong usaha tranformasi dan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh PM. Belia melihat kesungguhan PM memajukan negara dan mendekati rakyat, khususnya perhatian peribadi PM kepada belia dengan pelbagai cara seperti pemberian rebat telefon pintar dan BR1M khas untuk belia, adalah usaha yang wajar disokong oleh sekalian belia.

PERBEKK berdoa PM akan terus diberi kekuatan rohani dan jasmani untuk terus menerajui negara menuju ke puncak kegemilangan, ke arah Wawasan 2020. We Love PM!