Thursday, April 30, 2009

Konvensyen Belia Peringkat Negeri Sabah 2009


Hari ini seramai 5 orang ahli PERBEKK telah menghadiri Konvensyen Belia Peringkat Negeri Sabah di Palace Hotel, Kota Kinabalu. Konvensyen ini dianjurkan oleh Jab. Belia & Sukan ( P ), Negeri Sabah.

Sebanyak 3 Kertas Kerja telah dibentangkan oleh para penceramah. Perasmian majlis konvensyen telah disempurnakan oleh YB Datuk Sapawi Ahmad, Ahli Parlimen Sipitang.

Delegasi PERBEKK telah diketuai oleh Sdr. Jairih Jairin selaku Bendahari bersama dengan Sdr. Andika Mat Daud, Rony Erwan Mat Jamil, Pn Zurainah Masdah dan Cik Nurihan Mastin.

Diharapkan apa yang telah dikutip oleh delegasi ini akan dapat dikongsi dengan ahli PERBEKK.

Saturday, April 11, 2009

Kursus Asas Belia Berpersatuan


KURSUS ASAS BELIA BERPERSATUAN, BAHAGIAN BEAUFORT 2009





Pada 3hb - 5hb April yang lalu, Pejabat Belia & Sukan, Bahagian Beaufort, telah menganjurkan Kurusu Asas Belia Berpersatuan di Kemas Daerah Beaufort. Kursus ini dianjurkan untuk mendedahkan peserta berkaitan organisasi dan persatuan.






PERBEKK telah menghantar dua orang peserta menyertai kursus ini. Sdra. Mohd Aizat Mohd Jahar dan Sdra. Andika Hj Mat Daud, telah tepilih menghadiri kursus. Pelbagai menfaat berguna telah diperolehi oleh mereka berdua melalui aktiviti yang dijalankan.

Sementara, Pengerusi PERBEKK, Sdra. Md Said Ag Damit pula telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk ' Kepimpinan Belia' pada 4hb April di kursus tersebut.