Wednesday, June 20, 2012

Usah Ketepi Golongan Veteran - YB Datuk Sapawi Ahmad

SERAH…Sapawi menyerahkan kunci gelanggang Futsal 1 Malaysia kepada Pengerusi Kelab Futsal Kampung Gadong Sahdun Urus di majlis tersebut.
CERIA…Sebahagian pemimpin dan penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut
IKHLAS…Sapawi menyampaikan sumbangan kewangan kepada salah seorang warga emas di majlis tersebut.
SUMBANGAN…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan sumbangan RM2 ribu kepada Pengerusi PERBEKK Mohd Said Awang Damit.

MANTAP…Sapawi dan Kamarlin merakamkan kenangan bersama pimpinan tertinggi PERBEKK di majlis tersebut.

BEAUFORT: `Usah ketepikan golongan veteran dalam usaha mencapai kemajuan dan pembangunan.’

Nasihat itu dilontarkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad kepada golongan belia pada majlis pemimpin bersama rakyat dan penutupan karnival belia PERBEKK Kampung Kuridak di sini kelmarin.

Beliau berkata pemikiran seperti cadangan, pandangan dan pendapat golongan veteran tidak harus diketepikan sebaliknya ianya masih boleh digunapakai.

“Dalam kita berusaha mencapai kemajuan dan pembangunan, sudah tentu kita mengharapkan golongan belia tetapi pada masa yang sama turut meletakkan golongan veteran sebagai golongan yang berperanan penting,” katanya.

Katanya golongan belia merupakan penggerak ke arah usaha untuk memastikan kemajuan, pembangunan dan kejayaan yang dicapai berkekalan serta berterusan “tetapi ianya perlu didokong dan disokong oleh golongan veteran.”

Menurutnya pengalaman golongan veteran penting kepada golongan belia untuk bergerak dan seterusnya berusaha mencapai apa yang dicitakan.

Kerana itulah, katanya, kerjasama antara golongan veteran dan golongan belia menjadi pemacu kepada kejayaan dan juga kecemerlangan.

Sehubungan dengan itu Sapawi berkata penubuhan Persatuan Belia Kampung Kuridak (PERBEKK) merupakan usaha yang sememangnya dialu-alukan.

Katanya penubuhan persatuan itu penting kerana ianya bakal menjadi wadah kepada golongan belia di kampung tersebut.

“Namun untuk memastikan persatuan itu bergerak seperti yang diharapkan, penglibatan golongan veteran tidak harus dipandang sepi…golongan veteran ini adalah pendokong dan penyokong untuk kita mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang dicitakan,” katanya lagi.

Majlis anjuran bersama Umno Cawangan Kuridak, Kuridak Ulu dan Kuridak Laut turut dihadiri oleh Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Ketua Daerah Lumadan Junli Yusuf, Ketua Anak Negeri jafar Lukin,Pegawai Perpaduan Beaufort Awang Anak Abdul sani, Pegawai Belia dan Sukan Beaufort Nordin Ismail , Wakil Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Aziz Ason dan Pengerusi PERBEKK Mohd Said Awang Damit.

Sapawi berkata Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan kepada golongan belia.

Katanya pembangunan dan kemajuan golongan belia tidak pernah diabaikan dan pada masa yang sama kepentingan golongan veteran turut diutamakan.

“Kedua-dua golongan amat penting dan kerana itulah kerajaan sentiasa mengalu-alukan agar wujud kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua golongan ini,” katanya.

Pada majlis itu juga Sapawi telah menyerahkan pengurusan empat gelanggang Fustal dalam parlimen Sipitang kepada persatuan Belia Kampung Gadong, Persatuan Belia Kampung Kuridak, Persatuan komuniti kampung Bukau dan JKKK Kampung Padas Damit.

Mohd Dzul Kassim

Tuesday, June 19, 2012

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat & Perasmian Penutup Karnival Belia PERBEKK 2012...






























PERBEKK Di Sana Sini 4...



















































PERBEKK Di Sana Sini 3...















































PERBEKK Di Sana Sini 2...












































PERBEKK Di Sana Sini 1....


















Pengerusi PERBEKK dipilih sebagai Ikon Belia Beaufort

Bersempena Karnival Belia Beaufort dan Majlis Perasmian Kompleks Sukan Daerah Beaufort, Pengerusi PERBEKK, Ustaz Md Said Ag Damit, telah dipilih sebagai Ikon Belia Beaufort bagi kategori kepimpinan. Bersama 10 orang penerima lain termasuk Imam Muda Ali dan Razali Rahim, Juara Bakat TV, ustaz Said telah menerima sijil dan plak penghargaan yang disampaikan oleh YAB Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah.

Dalam majlis yang gilang-gemilang di hadapan ribuan belia yang terlibat dalam karnival belia Beaufort, dengan disaksikan oleh YB Datuk Peter Pang, Menteri Belia dan Sukan dan YB Datuk Hajah Azizah DSP Mohd Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna Negeri Sabah, serta tetamu kenamaan yang lain, pengisytiharan Ikon Belia Beaufort telah dibuat dengan jayanya.

Menurut Jawatankuasa Pemilihan Ikon Belia ini, setiap pemilihan belia dilakukan berdasarkan pencapaian dan anugerah yang diterima. Ustaz Said dipilih berasaskan Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Sabah yang diterimanya pada tahun 2010.

Pengiktirafan sebagai Ikon Belia Beaufort kepada Pengerusi merupakan satu kebanggaan kepada PERBEKK, sebagai satu oraganisasi belia di pedalaman yang berhasrat membawa belia membuka mata melihat dunia luar untuk dipelajari.


Tahniah Pengerusi PERBEKK...





Pada 7hb Jun yang lalu, Pengerusi PERBEKK Ustaz Md Said Ag Damit telah menerima perlantikan secara rasmi sebagai Duta Kempen Anti Kutu Sampah ( KAKS ) bagi daerah Beaufort. Sijil perlantikan tersebut disampaikan oleh YB Datuk Hajah Azizah DSP Mohd Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeru Sabah merangkap ADUN Klias.


Bersama 10 orang lagi duta yang lain, termasuk Imam Muda Ali dan johan serta finalis Unduk Ngadau Kaamatan 2012, ustaz Said dalam majlis tersebut telah melafazkan ikrar sebagai Duta KAKS. Selaku Duta KAKS, tugasan yang akan dilaksanakan antaranya ialah membantu kempen kesedaran menjaga kebersihan persekitaran, terutama di Pekan Beaufort, dalam usaha Majlis Daerah Beaufort ( MDB ) menjadikan Pekan Beaufort sebagai Pekan Tanpa Sampah.

Sesungguhnya pemilihan Pengerusi PERBEKK, ustaz Said sebagai Duta KAKS adalah satu penghormatan kepada PERBEKK.

Karnival Belia PERBEKK 2012...


Bermula pada 29hb Mei yang lalu, Karnival Belia PERBEKK 2012 bermula dengan aktiviti gotong-royong memurnikan padang 'Stadium Silaun' sebagai persediaan Pertandingan Bolasepak yang diadakan. Sebaik selesai aktiviti gotong-royong, undian pemain dan perlawanan dijalankan.

Keesokan harinya, pada 30hb Mei Pertandingan Bolasepak dijalankan melibatkan 6 pasukan yang dinamakan sempena EURO 2012 - Jerman, Sepanyol, England, Belanda, Itali dan Perancis. Pertandingan yang dijalankan secara liga 7-Sebelah Sepasukan, telah menarik penyertaan lebih 70 orang pemain.

Akhirnya, pasukan Itali menjuarai Piala Liga selepas meraih 12 mata, diikuti England 10 mata dan Perancis ditempat ketiga dengan 7 mata. Di tempat keempat dikuasai oleh Jerman.

Pada 31hb Mei pula, perlawanan bagi merebut Piala Pusingan PERBEKK pula diadakan. Empat pasukan teratas dalam perlawanan liga telah diundi untuk perlawanan separuh akhir, di mana pasukan Itali menewaskan Perancis 3-1 dan England mengalahkan Jerman melalui sepakan penalti 2-0 selepas terikat 2-2 dalam masa sebenar.

Pertemuan England dan Itali dalam final berlangsung sengit, dengan sokongan padu penyokong kedua-dua pasukan. Ketika perlawanan seakan berakhir seri, pemain England berjaya menjaringkan gol daripada tendangan sudut yang terkena badan pemain Itali. Gol tersebut telah membawa pasukan England menjuarai Piala PERBEKK. Di tempat ketiga dimenangi pasukan Perancis selepas mengalahkan Jerman melalui sepakan penalti.

Pemain England, Boboi telah dipilih sebagai pemain terbaik, Ocho ( England ) sebagai pemain harapan bawah 17 tahun, Jiji ( Belanda ) pemain sporting dan Upang ( Itali ) sebagai penjaring terbanyak pertandingan dengan 5 gol.

Selepas itu, Pertandingan Badminton Beregu Remaja pula diadakan. Sebanyak 9 pasangan menambil bahagian, di mana pasangan Asyraf/Fendi telah mengungguli pertandingan dengan menewaskan paasangan Ikmal/ Boy.

Bagi memenuhi permintaan belia wanita, Bengkel Membuat Kek pula diadakan di Balairaya Kg Kuridak pada 2hb Jun. Seramai 30 orang wanita menyertai bengkel tersebut yang dibimbing oleh Puan Bisnah Wahid, pengajar KEMAS. Dua jenis kek telah diajar iaitu kek keju dan kek keladi.

Sementara Pertandingan Bolasepak Kanak-kanak Bawah 12 Tahun pula telah diadakan pada 3hb Jun, yang melibatkan empat pasukan iaitu Man. City, QPR, Chelsea dan Real Madrid. Pertandingan dijalankan secara liga dimenangi oleh pasukan Man City walaupun memiliki mata yang sama dengan Chelsea tetapi dibezakan oleh beza jaringan. Pasukan Real Madrid ditempat ketiga dan QPR di tempat keempat.